Tidak ragu lagi bahwa Abu Bakar r.a. merupakan manusia yang paling tinggi mertabatnya dikalangan para sahabat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama diantara penguni-penghuni syurga yang maha mulia.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama Abu Bakar akan diseru disegenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."
Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t. tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi sebatang pohon yang ditebang dan dijadikan kayu api" Kadang-kadang dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah kamu. Kau makan minum dan bertebangan dibawah naungan pohon-pohon kayu tanpa merasa takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti engkau,wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:
"Pada suatu hari saya berselisih dengan Abu Bakar. Selagi pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan sepatah perkataan kasar terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia telah menyadari akan kesalahannya itu lalu berkata: "Wahai saudara, balaslah aku dengan perkataan yang lebih kasar."
Saya enggan berbuat demikian. Dia memaksa saya supaya menggunakan perkataan kasar tadi dan berkata hendak mengadukan perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saya tetap tidak mau mengalah. Dia lalu bangun dan meninggalkan saya. Beberapa orang dari saudara saya yang menyaksikan peristiwa tadi berkata: "Aneh betul orang itu, dia yang melakukan kesalahan dan dia pula hendak mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk diadili.”
Saya dengan segera menjawab: " Kamu tahukah siapa dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya berarti menyinggung Nabi Muhammad s.a.w. dan menyinggung Nabi Muhammad s.a.w. berarti menyinggung Allah s.w.t., kalau perbuatan aku menyinggung Allah s.w.t., siapakah gerangannya yang akan menyelamatkan aku?"
Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi Muhammad s.a.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w. saya bercerita apa yang telah terjadi. Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Keengganan kamu mengeluarkan kata-kata keasar itu sudah pada tempatnya, tetapi untuk mengeluarkan penderitaan batinnya, kamu sekurang-kurangnya dapat berkata: "Semoga Allah s.w.t mengampuni kamu wahai Abu Bakar."
Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh Abu Bakar. Keengganannya menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan dia memaksa Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu sedemikian rupa sehingga dia sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat menolong. Bagaimanakah pula perasaan kita, ummat Islam kini selepas melakukan kesalahan yang seperti diatas? Kita seringkali melakukan kesalahan tanpa perasaan takut akan pembalasan sama ada didunia atau pun diakhirat nanti.
0 komentar:
Post a Comment